Friday, July 23, 2010

Khasiat Air ZamZam

Disunatkan bagi sesiapa yang berhaji dan berumrah dan sesiapapun yang memasuki Masjidil Haram agar meminum air zamzam sampai kenyang. Disaat meminum hendaklah ia berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Air zamzam memiliki banyak kelebihan. Rasullullah s.a.w menwasiatkan kepada kita agar meminumnya. Hingga para ulama salaf sangat menjaga sekali agar dapat melaksanakan wasiat Rasullulah s.a.w setiap kali mereka berziarah ke Masjid Haram.

Imam Ibn al-Qayyim berkata: "Air Zamzam ialah penghulu segala air, paling mulia kedudukannya, paling dicintai jiwa, paling mahal harganya dan paling bermanafaat bagi manusia".

Rasullulah s.a.w bersabda:
"Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. Bila engkau meminumnya kerana meminta kesembuhan maka Allah akan menyembuhkanmu, bila engkau meminumnya untuk mengenyangkan maka Allah akan mengenyangkanmu dan bila engkau meminumnya dengan niat untuk menghilangkan rasa dahaga maka Allah akan menghilangkan rasa dahaganya. Ia adalah perigi yang digali oleh Jibril dan minuman dari Allah untuk Ismail a.s".

Baginda juga bersabda:
"Sebaik-baik air dipermukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi segala penyakit".

Diriwayatkan oleh Bukhari, Rasullulah bersabda: " Penyakit demam panas itu ilah hembusan jahannam, maka sejukkanlah ia dengan air zamzam".

Suatu perkara yang menakjubkan ialah sumur (perigi) zamzam tidak pernah kering selama ratusan tahun. Ia sentiasa mampu mengeluarkan sebanyak yang diperlukan oleh jemaah haji. Ini terbukti sejak ratusan tahun lalu dengan bertambah ramai jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang ingin meminumnya namum ia tidak pernah kehabisan. Air zamzam ini muncul di Zaman Nabi Ibrahim a.s tatkala ia meninggalkan Ismail dan ibunya di Mekah, lalu Allah s.w.t mengurniakan air ini kepadamereka berdua. Seiiring masa berlalu perigi zamzam ini sempat tertimbun tanah. Namun setelah ratusan tahun tertimbus, ia telah ditemui semula olah Abdul Muttalib, datuk Rasullulah s.a.w setelah mendapat panduan dan alamat di dalam mimpi beliau.

No comments:

Post a Comment