Thursday, July 22, 2010

Rahsia Buah Tamar

Setiap ciptaan Allah Ta'ala pasti banyak mengandungi manfaat bagi makhluk-Nya termasuk manusia. Buah Tamar merupakan antara buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Qur'an al-Qarim. Beberapa kajian dan penelitian moden telah pun membuktikan yang buah tamar banyak mengandungi manfaat kesihatan kepada manusia.

Kurma atau Tamar ialah buah yang keluar dari sebatang pokok yang menjulang tinggi ke langit. Kurma juga merupakan buah pertama yang dirasakan oleh bayi yang baru lahir setelah air susu ibunya ketika diaqiqahkan. Kurma juga ialah buah pertama yang diperintahkan oleh Allah Taala kepada Sayyidah AlBatul Maryam Ibunda Isa a.s. untuk digegarkan batang pokoknya sehingga beliau dapat memakan buahnya sebagai satu makanan yang lazat lagi baik kesudahannya.

Ingatlah ketika Allah menyuruh Maryam ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa a.s "Dan gegarkanlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepada mu buah tamar yang masak" (Maryam-25). Kenapa Rasulullah (s.a.w) menyuruh umat islam supaya berbuka puasa dengan memakan buah tamar terlebih dahulu? Kenapakah Fir'aun menyalib pengikutnya yang beriman kepada Nabi Musa Alaihisalam dengan menggunakan batang pokok tamar? Semuanya adalah kerana rahsia dan kekuatan yang ada pada buah tamar.

Selain di dalam al-Quran, tamar atau kurma turut disebut di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.


Diriwayatkan Sayyidah Aisyah r.a bahawa Rasullulah s.a.w bersabda: "Rumah yang tidak memiliki
kurma merupakan rumah yang penghuninya sentiasa merasa lapar".

Anas r.a meriwayatkan Rasullulah bersabda: "sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya. Kerana ia merupakan tanaman syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat".

Saad r.a mendengar Rasullulah pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh butir kurma ajwa' maka akan terhindar darinya racun dan sihir".

Antara rahsia yang wujud di sebalik Buah Tamar ini adalah seperti berikut:

i. Memakan buah tamar secara teratur diyakini mampu menolak penuaan
ii. Buah tamar merupakan ubat bagi kaum ibu yang sedang hamil jika mengalami pendarahan
iii. Masalah dan pengubatan rahim.
iv. Tamar menyembuhkan penyakit saraf.
v. Tamar menambah ghairah dan ketahanan seks.
vi. Tamar baik untuk buah pinggang,hati dan dapat menyembuhkan penyakit kanser.
vii.Tamar baik untuk perempuan yang sedang hamil dan bermanfaat ketika melahirkan.
viii.Tamar makanan bergizi dan dapat menambah nafsu makan.

No comments:

Post a Comment